Blogger Backgrounds

.:pengunjung GADIS:.

About Me

My photo
dunia q bicara q....andai ada yang tersinggung sila bawa diri sendiri...tiada paksaan yntuk membaca malah untuk membuka blog picisan ini...bagi yang memahami alhamdulillah kata2 nasihat dari kalian xpenah ditolak..apa yang buruk datang dari diri q sendiri,mana yang bagus itu datangnya dari nya...

Pages

.:TABUNG OPERATION GADIS:.

.:kawan2 GADIS:.

Friday 10 February 2012

.: membasuh :.

cOretan gadis kepastian

assalamualaikum n salam sejahtera

alhamdulillah setakat skunk tinggal kat umah sendiri rasa dah makin semangat...kaki pown dah kuat nak berjalan...kalau setakat nak capai air ngan biskut 2 dah boleh bangun amik sendiri..cuma aq nak juga paksa kaki aq untuk berjalan sendirinya tanpa bantuan....senang nak pergi tandas kew nak pergi dapur kew nak amik air...


bibir pown dah kering teramat sebab malas minum air...tapi kesian lak aq tengok housemate aq yang lain...macam dorang aq susah lak dari aq...mesin basuh rosak spin mode jew yang bleh guna..untuk membasuh memang dia xmo putar dah....

aq sewa rumah pakej siap semua kelengkapan..termasuk mesin basuh..p mesin basuh yang tuan rumah bagi nie memang dari memula masok umah lagi aq guna acam nak hempas jew..penat.....2 3 helai jew masuk time mencuci..lebih jew mesin 2 x berputar dah..ponat2....rugi sabun basuh baju lau macam 2..xpew sabar lagi...

tup2 lepas aq balik umah jew kawan aq cakap dah nazak..yang kesiannya kawan aq la..dia yang membasuh baju2 aq ngan baju dia...dalam keadaan aq skunk nak bangun membasuh pown xmampu lagi...harap tangan aq jew yang boleh nak gerak2..nak gerakkan kaki memang hazab la...

seminggu dia jaga aq dengan ulang alik amik aq dari kelas pas 2 ke hospital lak memang dia xda masa nak membasuh...plak2 2 kena basuh tangan 1 per 1 baju...last2 aq kol kakak angkat aq nak minta tumpang membasuh umah dia...

mesin basuh dia pown besar automatik...dah boleh slesai 1 bab..tapi xkan nak menempek tiap2 minggu p umah dia sekadar nak membasuh..

tuan rumah pown dah berjanji nak datang tengok keadaan rumah nie..hope bila dia datang t cepat2 la mesin 2 bertukar wajah....

................................................


pagi nie dikejutkan dengan hadiah....tapi aq muskil...xpenah dia berikan aq hadiah terkejut macam nie...

siap minta orang hantarkan kat umah lagi...slalunya kalau dia nak belikan aq barang dia bawak aq terus pergi pilih n beli ngan dia..xpenah2 dia buat unsur2 romantik macam nie....

hantar teddy bear sebesar aq ngan kad ucapan mohon maaf dan minta aq sembuh....

2 bukan diri dia...

tapi siapa??

dia pown perli2 aq pakwe baru kew lepas aq ucp terima kasih sebab bagi semua 2...kompem la bukan dia yang bagi aq semua 2....

tapi sapa?????????


ya allah ya tuhan q hilangkan la kekusutan ini....jauhilah aq dari syak wasangka....

Wednesday 8 February 2012

.:itulah kekuatan:.

cOretan gadis kepastian

assalamualaikum n salam sejahtera....

alhamdulillah hari nie aq masih bernafas..

rabu pukul 1.20 pagi

selepas membuat pemeriksaan ngan doktor selang sepuluh minit nurse datang minta kebenaran untuk tolong kemaskan barang untuk aq berpindah wad...aq ikot saja..lagi pownsejak aq sampai petang tadi aq hanya ditempatkan di wad pemerhatian..mungkin dah xsesuai lagi aq di sisi...jadi aq hanya menurut saja..xbanyak barang yang aq sempat bawak..beg yang mengandungi wallet aq , al mathurat , dngan ubat2 saja..memang aq pergi tanpa membawa sebarang persalinan kerna pada mulanya aq cuma diminta datang ke klinik kerajaan yang berhampiran untuk buat rawatan susulan..tapi xsangka dorang boleh detect aq demam panas...mungkin sebab dah banyak kesakitan yang aq rasa buatkan aq xrasa papew perubahan dalam tubuh aq..cuma yang aq rasa adalah keperitan sakit yang aq tanggung...hanya itu..

waktu kerusi roda disorong masuk ke wad baru nafas aq bagaikan terhenti...perlukan aq ditempatkan di wad nie...kuat kah aq nak menghadapi situasi dalam wad tersebut..."xmampu"....hanya 2 yang aq rasakan...sebelom nie suhu badan aq dah turun tapi kini bari q rasa panas sejuk badan q..."ya allah berikan aq kekuatan untuk menhadapi dugaan ini...sesungguhnya dugaan dugaan yang engkau turunkan adalah yang terbaik buat q untuk menghadapinya.."doa doa dan berdoa 2 yang pasti aq lakukan..xmampu aq nak luah beban ini..xda sapa yang mengnali aq di sisi...


rabu 9.30 pagi
selepas semalaman aq menahan segala kekuatan untuk terus tinggal di wad tersebut...aq belom mampu melihat tangis penderitaan orang lain mahupun kegembiraan orang lain atas kehilangan yang telah aq alami...terlalu perit...tapi ini lah yang dikatakan "setiap kejadian pasti ada hikmahnya"

datang seorang makcik bertanya khabar...aq hanya menjawab apa yang ditanya..xmampu aq luahkan apa yang membeku di hati biar pown hati memang meronta menanti siapakah mangsa yng luahan hati q...tapi yang pasti bukan insan yang berada dihadapan aq ini...dia ceritakan kesakitan yang dialami anak bongsu dia..saat 2 baru aq tersedar bahawa masih lagi yang lebih menderita dari q..gugur airmata aq hadapan makcik tu..biarpown tiada ikatan tapi aq mengerti apa yang dialami anaknya...xmudah seperti yang dilihat...

dalam bercerita dia menghulurkan bekas makanan pada q..rupanya memang dah tersebar cerita tentang kehilangan yang aq alami dalam wad tersebut...dia meluahkan simpati pada aq...sungguh cantik ciptaan allah..."simpati merupakan sebahagian dari iman"...aq mengucap terima kasih bila dia minta diri untuk berlalu...tapi sempat lagi aq minta no makcik 2 untuk balas jasa dia pada masa akan datang...biarpown hanya berberapa minit aq bersembang dengan dia tapi dah cukup untuk q mengambil kekuatan dari kata2 dia...


::I walked the line::

 ::The line i choose::

 ::I see the people in frontof me::

:: I climbed the wall ::

::The wall of news::

:: I watched them show the tragedy::


rabu pukul 10.50 pagi

tiba giliran aq untuk buat pemeriksaan...dan sepanjang itu aq seboleh2nya minta untuk dibenarkan pulang..aq meluahkan kesulitan yang aq alami...isomnia yang menyukarkan aq untuk tidow..keadaan sekeliling wad yang buatkan aq xselesa segalanya aq luahkan...permintaan aq akan dipertimbangan dengan syarat suhu badan aq betol2 berada tahap normal..tekanan darah q juga alhamdulillah masih stabil slepas 3 pax dimasukkan beberapa hari yang lepas..aq cuba sedayanya untuk menguatkan badan..sedayanya mengeluarkan peluh biar pown sekadar pergerakan yang sedikit..tapi aq mencuba..awal2 lagi sudah aq menghubungi sahabat aq yang kemungkinan aq boleh pulang..

tepat jam 12.30 tengahari doktor lepaskan aq dengan kebenaran...biarpown suhu badan aq belom turun tapi mungkin dia memahami apa yang aq rasakan..xmungkin aq dapat sembuh andainya aq terus tinggal di persekitaran ini...

1 surat diberikan...aq perlu buat rawatan dan pemeriksaan susulan di hq selepas 2 hari..setiap patah perkataan aq cuba fahami biarpown terdapat istilah istilah yang aq xfaham..aq fobia dengan prosuder yang penah aq lakukan sebelom nie..tanpa membaca aq diminta turunkan tandatangan..dan akhirnya aq sendiri yang merasa kesakitan yang xtertanggung..semua 2 aq jadikan pengajaran....kali nie doktor menerangkan segalanya tentang keadaan diri aq...aq perlu buat pemeriksaan tulang blakang seandainya aq masih lagi xberdaya mengimbangkan badan q sendiri..hampir seminggu sahabat aq berperanan sebagai tongkat q..kemana yang aq ingin pergi dipimping kemas olehnya..tapi kali nie pihak hospital mahu aq guna tongkat..tapi aq menolak untuk terima...aq mahu mencabar keupayaan diri aq..aq mahu kembali seperti dulu..aq xrela guna tongkat dan menganggap diri q xberupaya...


................................................................


aq temui kekuatan dalam kesusahan mereka....
siapa sangka kesakitan yang kita alami belum tentu lagi seteruk insan lain...
aq temui hikmah dalam hikmah setiap kejadian...
aq mula menerima takdir kehilangan aq...
aq ingin sudahi airmata q...
xrela lagi aq meneruskan hiba ini...

hanya diri q dan kau yang tahu keperitan ini biarpown seakan tiada kesan bagi mu tapi xmungkin aq melupakan saat bahagia sebelum aq kehilangan mu sayang..maafkan aq kerna terpaksa melepaskan mu...kau xbersalah...bersemadi la menanti q disana...aq rela dihukum untuk menebus segala kesalahan q nie....

maafkan aq sayang kami xpernah menidakkan kehadiran mu tapi aq belum kuat untuk terus menjaga mu...selamanya akan kami kenang kau biarpown hadir mu hanya seketika...


ur my shine n always will be our shine



khamis 9.49 pagi

banyak yang aq cuba lakukan dari seawal pagi tadi....aq gagahi diri untuk mempersiapkan diri q sendiri....sebelom nie dibantu sahabat q...tapi dia juga sibuk menguruskan diri sebagai pelajar..jadi aq perlu berdikari mengikut kemampuan q....aq dah mampu mengalihkan badan dari katil ke kerusi..alhamdulillah biarpown aq susah tapi aq berjaya...mungkin allah tarik nikmat q untuk aq kembali mengingatinya setelah aq alpa dengan segala kenikmatan sebelom nie...ampuni la dosa hamba mu nie ya allah....

dan pagi nie juga terhasil la entry nie...

p /s : semalam aq jumpa ubat untuk sakit dikhianati....alhamdulillah aq cuba untuk mengamalkan.....mungkin ada yang pikir apa yang aq lakukan selepas nie sebagai 1 perkara yang mengsiakan diri aq..tapi aq percaya allah sentiasa menduga hambanya untuk kebaikan hambanya juga....

Tuesday 7 February 2012

.:menanti:.

cOretan gadis kepastian

I want arms that will hold me at my weakest, eyes that will see me at my ugliest, and a heart that will love me at my worst..


assalamualaikum n salam sejahtera

xda siapa yang xinginkan pelindung..biar pown lelaki mahupon perempuan semuanya inginkan pelindung..

pengaharapan yang aq inginkan adalah perubahan akan berlaku..

insyaallah xpenah aq lupa untuk berdoa memohon pelindungan darinya jauhi la aq dari sifat2 keji manusia malah jauhi la juga aq dari bersifat seperti 2.....

hari nie aq dah kuat untuk bangun dari katil untuk duduk sendiri di kerusi tepi katil q..

alhamdulillah

aq xkan sebegini kuat andainya aq xdiberi sokongan....tapi bukan dari kau...aq doakan kau berubah untuk jadi orang yang lebih berperasaan n ada nya sifat simpati..

xlengkap imam sesorang andainya tiada sifat simpati....kerna memalui itu kita akan temui 1 kebesaran allah..masyaallah....



...............................................................................................





menerima mesej dari kau pagi nie memang aq menanti...setiap hari aq buat pengiraan sebelom sebelom nie untuk segala tindak tanduk kau..mungkin disebabkan itu aq cepat menangkap andainya hati kau dah berpaling....


aq faham andainya selepas nie kau merasakan aq xlagi seperti dulu...tapi aq tetap cuba untuk membiasakan diri..maafkan aq...hati q masih terluka mungkin belom ada ubat...aq mengharapkan segala nie berlalu dengan pantas....


kenangan lama xmungkin dapat dikembalikan hanya dapat dikenang pada masa hadapan dan kini.....



meghadapi realiti adalah kenyataan......mengaharapkan sesuatu yang tidak pasti adalah angan angan hidup...mencapai pengharapan yang belum pasti adalah kejayaan.....


You don't always get what you want in life, but you will eventually get what you deserve. Follow your heart, but take your brain with you.

Monday 6 February 2012

.:kecewa:.

cOretan gadis kepastian


marah , geram , benci , dan yang tersangat sangat adalah kecewa ..........hanya allah yang mengetahui apabila diri dikecewakan apabila dikhianati......


sungguh hati q sudah terdetik sesuatu seakan akan kau cuba menyembunyikan sesuatu tapi tetap juga q maniskan wajah apabila menatap kau....

masih mengharap andai terluah kejujuran pada bibirmu tapi hampa........bibir mu tetap memutar kata.....untuk menutup segala angkara kau....

30 januari 2012 aq menitiskan airmata mendapat khabar...antara gembira bercampur takut.....untuk menunggu keputusan dari mu..setiap saat bagaikan begitu lama menanti....badan semakin lemah tapi tetap ku gagahi untuk menempuh hidup...untuk menutup duka.....

31 januari 2012 kau membuat keputusan...aq menruti segala keputusan yang kau telah rancangkan pada q dengan diiringkan sepenuh kepercayaan serta curahan seluruh cinta q terhadap mu sebagai manusia yang hadir dalam hidup q....

tapi pada tarikh yang sama hati mu kuat menggoda untuk curangi pengorbanan q...setiap mesej yang kau hantar hambar tanpa kata2 semangat untuk q kumpul menanti terlaksananya rancang kau pada tarikh 2 februari 2012..

kata kata cinta yang manis sedikit demi sedikit berubah....berselang pertingkahan...airmata menemani aq memujuk hati kemungkinan kau tertekan dengan masalah...tapi rupanya hati kau sedang berbelah bahagi pada q , dan dia....

malam mu kau menghilang tinggalkan aq terkapai kapai dalam kesunyian....6 hari kau biarkan aq dalam kekecewaan malah diruntuh rasa bersalah...

aq kah yang membebani kau

aq kah yang membiarkan kau kesunyian 

aq kah yang menyusahkan hidup kau

aq masih mencari kekuatan untuk menhadapi tarikh genting....

2 februari 2012 aq bergelut antara sayang dan pengorbanan pada cinta q...akhirnya kaki q kuat melangkah masuk tanpa ditemani kau tapi dimarahi kau dengan kata kata yang meruntuhkan semangat q....beratnya tubuh q...longlai melangkah keluar...

menahan segala derita memandang wajah mu meminta simpati untuk dibelai dan kekuatan...

tiada sentuhan mesra menemani q seanjang jalan...tetap mengetap bibir menahan sakit....

aq masih menanti kau

menanti 

memendam segala perasaan


sungguh q xduga....

3 februari 2012 kau datang menemani hanya 1jam setengah..hati q terdetik untuk melihat hp kau...bagaikan terhenti degupan melihat sesuatu..biarpown sekadar gambar tapi aq pasti penjelasan kau hanya dusta...aq meronta memohon penjelasan..segala kudrat aq kerahkan...

kau gengam tangan ku erat..sakit , perik itu yang q rasai saat kau gengam tangan q..kuat!! itu yang aq ingat..kau hempas tangan ku...ku lemah mata q gelap mengapai bantuan....kau lari tenangkan diri diluar..mungkin hati kau tercabar apabila aq membongkar apa yang kau cuba sorokan....

tapi aq terlalu lemah.....takut...."aq perlukan kau, datang la kepada q kembali....aq mencintai kau tapi kenapa kau curangi aq disaat aq dihimpit kesakitan...disaat aq memilih berkorban untuk kau....untuk hidup kau....kenapa sayang?apa kekurangan ku...."hati q dihimpit pertanyaan yang xterluah dibibir...

kau datang melihat q..."abang sya sayangkan abang sepenuh hati sya..tapi kenapa?"masih lagi hati q mengutarakan pertanyaan...tiada kudrat untuk berkata....kau tinggalkan aq untuk pulang....aq dengar setiap langkah tapak kakimu..semakin jauh....


hampir sejam aq mengumpul kekuatan untuk bangun...hampir jam 7 malam...mama mengejutkan aq minta bangun..takot badan semakin lemah tidur pada senja....aq cuba tapi terlalu penat...pipi q ditampar lembut..muka q dibasahi air...tangan dan kaki q dipicit untuk sedarkan aq..."ya allah kembalikan kekuatan aq.."


pelahan lahan q membuka mata...air mata tak dapat lagi dibendung saat pandang wajah mama bersilih ganti wajah sahabat aq...aq diamkan diri sepanjang malam...mesej dari kau masuk seperti tiada rasa bersalah atas kecurangan kau...berlakon seperti tiada apa2 ya itu la kehandalan kau....tapi semua 2 merentap hati q yang telah tersedia retak akibat sikap mu....

segala kebahagian aq direntap dengan sikapmu....

4 februari 2012 kau datang setelah diamkan diri seharian tanpa bertanyakan keadaan aq..mungkin hati kau sedang diisi impian baru sampaikan terlupa pada.....tapi aq xmampu memandang wajag mu...aq lemah untuk menghadapi semua nie..tapi saat 2 aq perasan tangan mu sentiasa berisikan hp mu..

kau cuba membuka selimut q yang aq cuba berselindung sebalik ia.....airmata q gugur lagi....sentuhan mu aq jauhi.....

4 februari 2012 malam terdetik hati q untuk mengetahui siapakah si dia yang mengisi kekosongan hati mu...yang memenami kau selepas kau letakkan aq di tempat yang asing dalam hati q....

01997**847
01950**424

aq jumpa akhirnya..dia lah perempuan tu....aq cuba menghubungi segala tanda tanya terjawab apabila aq menyamar sebagai adik perempuan kau...

sekali lagi hati q kecewa....bagaikan dihanyut jauh ke lautan..bagaikan tiada penghujung...

aq menghantar sms pada kau...

"01950**424 lily "

kau membalas

"amik la comel gler"

saat 2 hanya airmata yang mengalir...aq xdapat menahan hiba...kekuatan dikumpulkan tapi tetap xberdaya...aq pinta sahabat q tinggalkan aq sendirian dalam kamar...

menangis , meraung , aq baling segala kenangan diri mu....pemberian kau pada q....segalanya....sekali lagi mata q gelap...ya allah aq perlukan kekuatan.....hanya doa yang aq mohon..rebah badan q lemah sekali lagi....


semalaman tiada kudrat....
ditemani kecewa yang tersangat.....



kau meluangkan masa untuk si dia..memujuk rayu si dia...

aq??

dibiarkan terkapai dalam kesunyian menanti kau saban hari....

berkorban untuk kau

menangung sakit untuk kau

tanpa simpati kau curangi q....

5 februari 2012 xddapat lagi aq membendung segala duka..aq menelefon kau memohon kemaafan...aq dah terlalu terluka menahan segalanya seorang diri sedangkan kau mengisi dengan kegembiraan disebalik penderitaan aq yang telah berjanji untuk sama2 menghadapi....

airmata q mendahului q....tiada kata kata maaf tapi seakan merelakan q pergi...saat q diri q melayang kekuatan yang aq kumpul sebelom menghubingi kau ternyata tidak cukup untuk menahan segalanya....sekali lagi dunia q gelap...

akhirnya terlantar diri q di katil tangan q penuh bersarat dengan wayar...darah q terlalu rendah...setelah doktor katakan keadaan q stabil aq pujuk sahabat q membawak q pulang...aq xdapat tenangkan diri di sini...

kini dan seketika tadi kau memohon maaf dan xingin lepaskan q...aq mendngar janji2 kau yang tabur....hati q masih belum pasti...luka q belom sembuh...tapi kau tetap perlu melaksanakan tanggungjawab kau selengkapnya...

maafkan aq...mungkin saat 2 aq akan berikan kau jawapan untuk segalanya....kerna hati q masih kecewa......







tapi yang pasti aq masih dibimbing....

"ya allah ya tuhan yang maha pengasih dan penyayang...taburkan lah dengan kasih sayang KAu kepada hambamu nie...sesungguhnya hanya kau yang menentukan segalanya...berikan lah kekuatan pada q untuk menghadapi dugaanmu nie...kesabaran yang utuh agar tidak q terpesong dari jalan menuju keredhaan mu ya allah amin..."


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pencarian kowg