Blogger Backgrounds

.:pengunjung GADIS:.

About Me

My photo
dunia q bicara q....andai ada yang tersinggung sila bawa diri sendiri...tiada paksaan yntuk membaca malah untuk membuka blog picisan ini...bagi yang memahami alhamdulillah kata2 nasihat dari kalian xpenah ditolak..apa yang buruk datang dari diri q sendiri,mana yang bagus itu datangnya dari nya...

Pages

.:TABUNG OPERATION GADIS:.

.:kawan2 GADIS:.

Friday 28 October 2011

.: life :.

cOretan gadis kepastian



Monday 17 October 2011

.: semangat diri yang hilang membawa seribu makna :.

cOretan gadis kepastian

assalamualaikum n salam sejahtera...entry nie panjang...untuk mengongsi kepada insan yang dihadapi dugaan di dunia..aq terbaca kata kata seorang ustat yang telah memberikan q seribu makna...yang telah mengingatkan aq tentang nikmat di duga...aq mengongsi semua nie kerna aq tahu bukan aq seorang yang merasa perik diduga..aq mengongsi kerna aq masih menyayangi kalian yang turut diduga kerna ingat lah ALLAH swt masih disisi menanti kita sebagai hambanya untuk MEMOHON....

SELAMAT MEMBACA











allah berikan kesukaran untuk mengajar kita erti KEKUATAN


kekuatan untuk


menahan sakit
menahan hiba di hati
mengharungi halangan
teruskan berjuang
dan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
untuk terus memohon pada NYA

perkara nie dapat dilihat dari hadis Qudsi yang membawa maksud : “Allah berfirman kepada para Malaikat-Nya: “Pergilah kamu kepada hamba-Ku timpakanlah berbagai ujian kepadanya kerana Aku ingin mendengar suaranya”. 

Allah berikan ujian pada kita untuk kita harungi bukan untuk

menolak
menyesal
dan juga

untuk kita sangkalkan ketentuan NYA

Dalam menghadapi berbagai ujian dan dugaan selama hidup manusia di dunia ini, adalah sangat sedikit sekali bilangan manusia yang tahan diuji. Hal ini mungkin disebabkan kurangnya pengertian, atau terdorong oleh kehendak hawa nafsu yang tidak pernah mengenal puas, sehingga tidak redha menerima ketetapan ilahi dan menganggap sesuatu yang ia milikidi dunia ini adalah abadi.
Hidup di atas muka bumi ini tidak akan pernah sunyi dari susah dan senang, dan suka dan duka yang datang silih berganti. Sesiapa yang menyangka hidup ini hanya kesenangan , kegembiraan dan kemewahan sahaja atau sebaliknya sahaja iaitu kehidupan ini hanya kesusahan, kesedihan, kesempitan selama-lamanya, semua itu adalah salah. Kesenangan dan kesusahan adalah seni kehidupan dan ia juga merupakan sunatullah pada alam semesta ini.


Kesenangan atau kesusahan itu adalah merupakan ujian dan dugaan yang diturunkan oleh Allah SWT kepada hambanya. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa hidup ono penuh dengan ujian dan dugaan. Sesuatu benda kalau tidak diuji, tidak akan nampak kekuatannya. Begitu juga manusia khususnya orang yang mengaku dirinya beriman, sudah tentu harus melalui pelbagai ujian dan dugaan. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Ankabut, ayat 2 hingga 3, yang membawa maksud, “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan: “Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji terlebih dahulu? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang-orang yang benar dan dusta. ”



Tujuan datangnya musibah dan dugaan yang diturunkan Allah SWT kepada hambanya ialah untuk membezakan yang mana orang mukmin sejati dan yang mana orang munafik. Ini adalah kerana terdapat ujian yang menyebabkan manusia mudah tergelincir dan salah satumya ialah ujian aqidah dan agama. Ramai yang mengaku Islam, beriman, termasuk alim ulamak, namun setelah diuji iman dan agamanya oleh Allah SWT dengan pelbagai ujian, ternyata lemah dan terjerumus sehingga menjadi sesat.

Selain itu, musibah dan dugaan ini diturunkan adalah untuk menghapuskan dosa sebagaimana yang terdapat di dalam hadis HR. Muslim di mana Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud, “Tiada musibah apa pu yang menimpa diri seorang muslim melainkan Allah menghapuskan keburukannya (dosanya) walaupun duri yang mengenai dirinya. 


Dalam mengahadapi ujian-ujian tersebut, manusia perlu redha menerima apa yang telah ditentukan oleh Allah kepada mereka. Maka dalam hal ini, mereka perlu mengetahui hakikat daripada takdir yang telah ditentukan oleh Allah untuk mereka. Mereka harus mengetahui mana satu ketentuan yang harus diterima seadanya dan ketentuan yang perlu usaha untuk merubahnya. Takdir ini ter bahagi kepada dua iaitu takdir mubram dan takdir mu’allaq.

Takdir adalah ketentuan Allah atas segala sesuatu yang diciptakan. Allah menciptakan segala sesuatu dan setiap sesuatu itu telah ditetapkan takdirnya oleh Allah. Takdir merupakan kemungkinan yang dapat terjadi atas sesuatu. Tidak seorang pun manusia yang dapat menghindari diri dari takdir baik mahupun buruk jika Allah mengkehendakinya. Akan tetapi tidak seorang pun manusia yang mengetahui atau diberitahu tentang takdirnya esok atau di kemudian hari. Justeru, Allah memberi kebebasan kepada manusia untuk berusaha agar memperoleh takdir yang diharapkan atau diinginkan. 

Setelah manusia berusah mengikut kemampuannya, dan dia merasakan sudah sedaya yang mungkin ia tempuhinya, yang demikian itu, akhirnya dia harus menerimanya sebagai takdir. Berusaha itu wajib bagi manusia. Terdapat ungkapan yang berbunyi : jangan menyerah pada nasib. Ia tidaklah bererti manusia boleh menolak nasib atau takdir tetapi manusia harusberusaha merubah nasibnya jikalau masih belum mencapai apa yang diharapkan. Takdir pula terbahagi kepada dua iaitu takdir mubram dan takdir mu’allaq.


Takdir mubram ialah qada’ dan qadar yang tidak dapat dielakkan oleh manusia. Dalam erti kata lain, ia pasti terjadi pada diri manusia. Dengan itu, manusia tidak mempunyai kesempatan memilih atau tidak mempunyai pilihan pun. Sebagai contoh, jantina, hari kiamat dan hari kematian. Sebagaimana firman Allah SWT, di dalam surah, Al-Araf, ayat 34, yang bermaksud, “Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mngundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula memajukannya”.
Takdir mu’allaq ialah qada’ dan qadar yang bergantung kepada ikhtiar seseorang itu mengikut kemampuan yang ada pada manusia. Untuk menghadapi takdir ini, manusia wajib berusaha mengikut kemampuan yang ada untuk mungubah keadaan supaya menjadi lebih baik ke arah mencapai tujuannya. Soal berhasil atau tidak usaha tersebut, adalah bergantung kepada pertolongan Allah. Tetapi ini tidak menjadi alasan untuk berputus asa. Sebab berusaha memang telah menjadi kewajipan manusia. Ia dapat dilihat dari firman Allah SWT dalam surah Ar-Ra’d, ayat 11, yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan (nasib) sesuatu bangsa sehingga bangsa itu mahu merubah keadaan (nasib) mereka sendiri”.


Islam telah menyeru umatnya supaya sentiasa bersabar terutamanya semasa menghadapi musibah. Sebagaimana yang dapat dilihat dari firman Allah SWT, dari surah Al-Baqarah, ayat 153, yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar”.


Sabar ialah satu kekuatan yang mendorong jiwa untuk menunaikan kewajipan, juga satu kekuatan yang menghalang seseorang dari melakukan kejahatan. Sabar juga merupakan sifat yang membezakan antara manusia dan haiwandalam perkara menundukkan hawa nafsu. Dorongan hawa nafsu pula ialah tuntutan syahwat dan keinginan yang minta dilaksanakan. Oleh itu, sesiapa yang dapat menahan diri sehingga ia dapat menundukkan dorongan hawa nafsu secara berterusan, maka orang tersebut termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar.

Bila seseorang itu menghadapi dugaan dan penderitaan dengan redha, ikhlas serta mencari jalan keluar dengan cara yang baik, tidak mengeluh, mengaduh dan sebagainya, maka Allah pasti akan memudahkan baginya hisabnya pada hari kiamat. Allah akan menyegerakan balasan pahalanya memberkati kehidupannya sehingga timbangan amalnya tidak berat kepada kejahatan yang disudahi dengan masuk ke dalam syurga yang penuh dengan seribu satu kenikmatan.

Kebanyakan orang menyangka bahawa sabar bererti merendahkan diri dan menyerah kepada keadaan, membiarkan diri hanyut dalam keadaan tersebut, atau menghentikan usaha tanpa berikhtiar untuk mencari jalan keluar. Tetapi pengertian ini tidaklah tepat, sebab yang dikatakan sabar ialah menghadapi dugaan dan ujian dengan cara yang baik, berikhtiar untuk mencari jalan keluar dan membiasakan diri melakukan amal perbuatan yang soleh dan teruskan berusaha sambil menjadikan pengalaman itu sebagai dorongan untuk mempunyai kemahuan yang kuat disertai dengan keimanan dan keyakinan yang penuh istiqamah.


Selain itu, kadangkala, semasa menghadapi sesuatu musibah itu, seseorang itu akan berasa sedih sehingga boleh menitiskan air mata. Sesungguhnya perasaan sedih yang tidak keterlaluan tidak akan menyebabkan dosa pada diri seseorang. Sebagai contoh, menangis kerana rasa sedih atas meninggalnya seseorang sebagai ungkapan dari belas kasihan adalah baik dengan syarat harus menerima semuanya dengan penuh kerelaan dan sabar. Begitu juga bagi orang yang bersedih kerana musibah yang menimpa diri kaum muslimin, maka perasaan sedih yang demikian itu juga akan mendapat pahala kerana orang yang demikian adalah termasuk dalam orng yang mencintai kebaikan dan membenci keburukan.

Petua untuk menghadapi rintangan yang lain ialah dengan menghadap dan bersyukur kepada Allah SWT. Allah mahu supaya hamba-Nya supaya selalu mengingati dan kembali pada-Nya, walaupun kembalinya itu dengan cara paksa. Sebagai contoh, orang yang sakit, pada waktu sihatnya dia lupa kepada Allah SWT, akan tetapi kerana sifat kasih sayang-Nya, maka dia diingatkan dengan datangnya cubaan sakit. Akhirnya, dengan sakitnya itu ia terpaksa kembali mengingati Allah SWT. Oleh itu, sudah sepatutnya manusia selalu bersyukur kepada Allah SWT.

Selain itu, janganlah berpaling kepada selain Allah SWT dalam memohon semua keinginan. Hanya kepada-Nya sahaja semua hajat kita hadapkan. Sebab Dia adalah zat Yang Maha Pemurah, yang selalu menjadi harapan dari semua hajat yang kita perlukan. Justeru itu, jangan sekali-kali memohon sesuatu kepada selain-Nya.

Sebagai tambahan, jadikanlah al-Quran sebagai sahabat dalam kegelisahan. Bagi orang yang beriman, ia akan mengetahui bahawa Al-Quran mempunyai tugas kemanusiaan, baik untuk diri manusia secara peribadi mahupun untuk masyarakat umum, iaitu mengarahkan manusia dengan cara yang sempurna. Di samping itu juga, Al-Quran adalah ubat yang hakiki bagi penyakit kegelisahan manusia. Al-Quran adalah jawapan yang benar bagi tuntutan manusia yang hakiki. Manusia tidak akan mengetahui hakikat kemanusiaannya dan tidak akan mengetahui jalan hidup yang lurus, kecuali dengan petunjuk Al-Quran

kata nie aq amik dari Ustaz Abd Aziz bin Harjin http://551dialog.blogspot.com/2010/09/rahmat-disebalik-dugaan.html

Sunday 16 October 2011

.: nasi lemak nasi lemak 3kupang :.

cOretan gadis kepastian

assalamualaikum n salam sejahtera....dok menunggu  orang yang x tepati janji nie baik  aq  update enrtry dari dok menjampi serapah ye dopp kekawan....sebabnya sabar separuh dari IMAN......insyaallah aq nak simpan sabar 2 untuk keimanan aq.....


psssstttt sapa yang dok kat sekolah dulu xmakan nasi lemak??mesti penah kan..but aq xtaw la laaa nie boleh beli nasi lemak kat sekolah lagi kew x..sebabnya ari 2 ada cerita pasal diharamkan nasi lemak kat sekolah sebab budak budak jadi gemok makan nasi lemak...

meh cek nak tanya nie..dolu dolu nasi lemak korang ranking harga berapa??aq penah lagi la merasa nasi lemak harga 3kupang a.k.a RM0.30...2 pown sepingggan nasi lemak lemgkap dengan ikan bilis sambal kacang n telor...sedap wow....

sampai la nie bleh dok feeling sedap makcik kantin 2 punya nasi lemak..power x power la kan..aq dah umo 20tahun pown bleh ag dok ingat feeling makan nasi lemak dolu dolu....padahal masa 2 aq baru umor 8 tahun macam 2 ah...ntah ntah makcik 2 letak ubat pew kasi aq angau ngan nasi lemak dia..

tapiii skunk nie nak jumpa nasi lemak harga 3kupang nie memnag dah susah sangat n memang aq dah Xjumpa dah pown..paling paling cikai pown dalam seringgit asenya..hat harga 5kupang pown bleh bilang dengan jari ah lau nak pusing 1 kelantan nie nak cari ye dopp....

k ah nak g tenang kan diri sambil duduk baca blog korang n skodeng apa yang boleh aq skodeng...kot kot la bleh jumpa nasi lemak 3kupang kew...untung2 bleh jamu mata tengok hat 3ringgit punya..hehehe walassss.....

Thursday 13 October 2011

.: mood pepagi yang harmoni p blur blur akibat virus :.

cOretan gadis kepastian

assalamualaikum n salam sejahtera...bangun pepagi buka mata then terus capai nset..hewhew skali tengok ezany antar mesej...terus tegak duduk saambil kecikkan mata nak baca mesej orang ter"sayang" ....

"mornim bb..tdo ea..b bla bla bla bwu pas sarapan.."

lebih kurang macam 2 ah selepas di ubah suai...tapi tapi aq malu nak balas...huhu nak biar lagi lama lagi lak aq malu...then terus reply..sebab sebab dia antar mesej pukul 8.05pagi....aq baca pukul 8.59pagi....hokey nampak sangat aq xsempat break tidow pagi tadi  sampaikan terlajak...












tapi tertiba pagi nie buka cerita pasal PROPA.....penah dengar x??alaaa xkan xpenah kot...perkataan propa nie ada la dalam buku text sejarah pasal zaman jepun dolu dolu 2 ah...

nie skunk nie pown ada juga ah orang yang nak tengok aq berPERANG disebabkan propa yang hyperbola nie...tapi macam silap orang lak dorang nak propakan cerita aq dengan ezany sebab kami lebih mengetahui apa yang belaku...

kalau aq xtaw pown ada aq kisah..walaupown sikit sikit timbul nama aq yang disalahkan...aq senang jew...



selagi aq xbersalah xkan aq nak g serah diri untuk orang mengherdik aq sesuka hati...yela kan aq pown ada hati ada perasaan.n ada otak kalau aq nak salahkan orang nak mengata orang kew....



sebab 2 bila sikit dok mengata aq yang aq ah nie punca itu ini aq malas nak layan..sebabnya dah memang hak aq untuk dapat itu ini...jadi xsalah aq nak tuntut...aq pown ase aq xlanggar batas papew ag...tapi orang jew yang suka sangat langgar batas aq...


teeheee tengok nie ah virusnya.....hindarila perangai mulut busuk dengar menyebarkan air liur korang yang tersedia busuk dari mulut yang busuk n hati yang busuk.....


hewhew lupa lak...mornink semua...jap ag kita berBW sesama eh...mau mandi dolu....=)

.: dia cinta baru q :.

cOretan gadis kepastian

assalamualaikum......n salam sejahtera..ngah dok layan cerita terowong ngan keluarga terchenta tertiba aq perasan yang opsss "my love" belakon ah...tapi nie bukan entry perasan sendiri eh...dia pown sayang aq...sebab aq pown sayang dia..tehee

nak taw x sapew??




see ensem an ezany i miss u so much..haha serius owh.tengok bulan tadi dah rindu gila2....sebab teringat semalam ezany tunjukkan bulan..hehe tapi dahsyat owh port kami tengok bulan...lokasi betol2 depan kubur..=)

tapi memang cantik ah tengok bulan semalam....



p/s : ezany ezany ezany ezany....

Wednesday 12 October 2011

setiap yang berlaku adalah ketentuannya...la tahzan

cOretan gadis kepastian

assalamualaikum..n salam sejahtera...dok pusing pusing memikirkan perkara yang xsepatutnya mata aq sempat ag terbaca tentang pertemuan...jom kongsi kongsi...sharing is caring + sexy dorh....


♥ Kenape ALLAH temukan kita dengan orang yang salah ♥:
Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..











p/s : jangan salahkan 1 pertemuan itu punca kesakitan yang dialami..tapi renungkan setiap 


hikmah yang terjadi n jadikan ia sebagai benteng untuk menghadapi hari esok...ingat la setiap


kejadian ada hikmahnya...



Monday 10 October 2011

.: bisakah kau menjawab segala persoalan yang berada di hati q :.

cOretan gadis kepastian


Mengapa kau pergi
Mengapa kau kecewakan
Mengapa kau hancuri
Mengapa kau menghinakan

Mengapa kau sakiti
Mengapa kau melukakan
Mengapa kau memberi
Mengapa kau memuliakan

Dengan getaran jiwa
Kukemukakan pertanyaan

Tak ingin kau pergi
Tak ingin kudikecewakan
Tak ingin cinta dinodai
Tak ingin dihancurkan

Tak ingin kudisakiti
Tak ingin kudilukakan
Tak ingin kau kuberi
Bila kau melupakan

Tak ingin ku di akhiri
Bila kau memuliakan dengan perasaan
Hampaku meminta jawaban



Di kananku cinta penuh bermadu
Di kiriku racunmu
Kalimah sakti yang mana untukku
Dapatkah kau membuat pilihan
Agar kita dapat bersama

Kau..bisa membahagiakan menceriakan
Kau..bisa menggembirakan mempesonakan
Aku...ingin dicintai dan mencintai
Aku...ingin bila terjaga kau di sampingku S'lamanya

Semoga cinta bersemi
Semoga cintamu kan dekat padaku
Asmara kan mengundang
Tanpa mengira waktu bertahta di hatimu dan di hatiku





assalamualaikum...(~_^)

Sunday 9 October 2011

.: dah berwajah baru :.

cOretan gadis kepastian

assalamualaikum..horayy blog aq dah dapat baju baru....kali nie simple sikit...kew korang rasa serabut juga???lau ada sapa nak sponser baju untuk blog aq bleh jew..hehehe aq on jew....


.: sapa blogger kelantan? :.

cOretan gadis kepastian

assalamualaikum n salam sejahtera...xrasa macam nak taip banyak sebab tadi aq dah menaip tapi aq delete balik..hurmm sapa blogger kelantan??cer munculkan diri korang...meh tolong bagi aq tarbiah sepam dua...aq perlukan korang nie..banyak benda aq nak tanya nie...boleh boleh??




.: masih lagi di wad :.

cOretan gadis kepastian

assalamualaikum n salam sejahtera....tadi an aq ada janji yang nak tunjuk pic adinda aq yang terkini....

 see tengok ah dia...sian sangat..kecik2 dah kena..tadi aq call mama tanya dik nah macam mana skunk??dah boleh keluar kew x...

mama jawab lemah jew..belom lagi..mama cakap mama gilir gilir jaga mina ngan along...tadi mama balik kejap..nak rehat sebab semalaman mama xtidow..jaga mina then tempahan dari customer yang banyak sampaikan xsempat nak rehat...

seriusly aq nak sangat duduk dengan dorang...nak sama sama hadapi saat saat nie...aq kat sini pown dah cukup serabut...pagi tadi dah period pain....tahan sampai petang..balik kerja tahan lagi...g umah makcik yang kerja kat pejabat kejap..g ziarah anak dia yang sakit..then balik jew azabb tanggung sakit...

1 badan sakit...makan ubat..tidow kejap..dengar jew bunyi mesej "dia" aq gagah juga baca..siap aq pesan kat dia yang kalau aq dah xtahan sakit nie aq nak minta tolong dia bawakkan aq g klinik...alhamdulillah skunk boleh tahan lagi...hope xmelarat sampai berhari hari...

xmo susahkan orang..xmo xmo...adik aq sakit aq pown sakit...owhh tidak!!

kena tabah n kuat...doakan kami......=)


Saturday 8 October 2011

.: adinda cepat la sembuh :.

cOretan gadis kepastian

assalamualaikum n salam sejahtera.......2 3 ari nie aq kerja dok copy paste jew masok dalam blog....sebabnya aq xda masa nak menaip...baru jew balik kampung..tapi elok elok aq dah naik bus dapat plak berita xberapa nak sedap halwa telinga aq nie..adik aq NUR SITI AMINAH BT AZMI..masok wad...

tertiba plak 2 mama aq antar mesej....."dik nah masok wad" aq dah macam nak pitam...sebak jew sebab aq xsempat nak jumpa dia sebelom naik bus..semua sibuk..dia lak ngah tidow dalam bilik..xsampai ati lak nak kacau dia..kang dah dia jaga dia nak ikot aq skali naik bus..alih alih lak jadi macam nie...



macam nak patah balik jew balik umah....nak tengok adik aq macam mana...tadi pown adik aq ada antar pic dia kat hospital...setia sungguh dengan bantai zirafah dia..nanti aq kasi tengok....sian kecik2 dah kena cucuk kat tangan pew semua..amik darah la apa la...aq yang besar nie pown meraung masa kena cucuk..


xcaya tanya ah sapa yang ada pengalaman dok sebelah aq time aq kena cucuk..lau aq x menangis aq gigit xpown aq gengam kuat2 tangan dia...lantak la sakit kejap kew x...aq xkisah yang aq kisah lau jarum 2 patah dalam isi aq..maunya aq pelempang sapa yang cucuk 2....


dulu penah jadi macam 2..nak cucuk ubat bius,...hazab weii...nasib baik ubat 2 dah masok sikit..xda la aq nak sakit sangat....nasib baik..nasib baik....lau x masok berita pesakit mengamok kat hospital..femes lak aq berkepam dalam paper...

k ah paper pown aq harapkan adinda aq cepat2 sembuh....wuwuwuwu xmo dengar dia sakit2 ag..korang pown doakan untuk dia juga taw...please..............................


p/s :  adinda aq 2 single ag..ada kew hot mama yang nak buat menantu boleh la amik borang kat aq..hehehe

.: contoh suami :.

cOretan gadis kepastian


Suami Terbaik Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "
"Hello?"
"Abang, nie sayang nie," "Emmm... "
"Abang masih ada di kelab lagi ke?"
"Iya."
"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"
"Berapa harganya?"
"Cuma $1500.00 aje"
"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"
"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "
"Berapa harga yang dia bagi?"
"Cuma $280,000 ..."
"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."
"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."
"Apa?" "Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "
" Berapa harga yang mereka minta?"
" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu. . ."
"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"
"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"
"Bye... I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :  

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "




.: surat untuk kahwin lagi :.

cOretan gadis kepastian

SELEPAS 1 TAHUN BERLALU ....

Kepada isteriku yang dicintai,

Sayang,

Terima kasih kerana menyiapkan beg pakaian dan sarapan abang pagi
tadi. Seperti biasa, keprihatinan dan keikhlasan sayang terhadap diri
abang, amat abang kagumi. Memang abang berasa sangat beruntung
memiliki isteri yang penyayang seperti sayang ni.

By the time sayang baca surat abang ini, abang tentunya dalam
perjalanan out-station ke JB. Mungkin sayang tertanya-tanya kenapa
pulak abang tinggalkan surat ni pada sayang sedangkan sebelum ni
abang tak pernah berbuat seperti ni.

Sebenarnya, abang menulis surat ini kerana abang tak sanggup
meluahkan isi hati abang di depan sayang, yang sudah banyak berjasa,
menjaga abang dan mencurahkan segala kasih sayang. Abang yakin apa
yang abang luahkan ini, pasti akan menitiskan air mata sayang dan
abang tak sanggup melihat itu semua di depan mata abang.

Abang out-station ke JB sebenarnya bukanlah untuk hal kerja,
sebaliknya atas urusan peribadi. Abang akan bernikah lagi dengan
seorang gadis yang abang kenali sejak 6 bulan lalu. Abang minta maaf
kerana terpaksa merahsiakan perkara ini dari sayang kerana abang
sangat menghormati sayang dan tak sanggup melihat sayang menitis air
mata, di depan abang.

Namanya Syamila, dia sebenarnya rakan sepejabat abang. Sayang mungkin
pernah berbual dengannya semasa annual dinner company abang dulu.
Walaupun umurnya muda, tetapi dia bukanlah seperti gadis yang abang
sangkakan selama ini. Betul-betul meleset sangkaan abang kerana
berfikir bukan-bukan tentang gadis muda sekarang.

Kami sebenarnya mula berkenalan sejak dia join company abang 6 bulan
lalu. Sebagai senior officer di company, abang diarahkan melatih dia
tentang selok belok company abang. Dari situlah abang mula tertarik
dengan budi pekertinya dan kesederhanaan yang dia miliki.

Kami selalu keluar makan tengahari bersama selepas sesi latihan
company dan dia faham selera abang yang gemarkan makanan tradisional
ala kampung. Kekadang, dia suruh abang cuba masakan western juga dan
abang tak sangka, sesekali makan western, sedap jugak. Kerana dia
pandai mengambil hati abanglah, abang jatuh hati padanya.

Tambahan pula dia berasal dari keluarga yang ramai dan sukakan budak-
budak. Abang pernah melihat dia membawa adik-adiknya pejabat pada
hari Sabtu, dan abang kagum melihat dia, begitu sabar melayan kerenah
adik-adiknya yang berlari ke sana sini di office abang.

Yang buat abang hormat padanya, dia sudi menerima diri abang se-
adanya. Dia tahu abang sudah beristeri dan mempunyai anak-anak.
Malahan dia kenal sayang kerana abang selalu menceritakan kebaikan
sayang terhadap diri abang. Sebab itulah, dia selalu berpesan dengan
abang agar selalu membantu sayang di rumah, selalu berikan perhatian
dan kasih sayang kepada keluarga, luangkan masa dengan mereka dan
yang paling penting, dia sering berpesan abang jangan lewat-lewatkan
solat macam sayang selalu buat kat abang.

Kerana hubungan kami sudah rapat dan abang menaruh perasaan terhadap
dirinya, abang buat keputusan untuk mengahwini dia agar hubungan kami
tidak dipandang serong hingga membawa kepada maksiat. Walaupun
usianya muda, sikapnya begitu matang sekali bila abang beritahu
hasrat abang terhadap dirinya. Dan dia sanggup menjadi isteri kedua
dan berkongsi kasih, walaupun usia kami yang jauh berbeza. Malahan
dia kata, dia akan memahami kalau abang meluangkan masa lebih bersama
sayang dan anak-anak, kerana sayang lebih dahulu mencintai abang. Dia
tidak mahu abang abaikan perasaan sayang yang inginkan perhatian
abang.

Sebelum abang buat keputusan ini, abang sebenarnya sudah berbincang
dengan abah sayang di kampung. Walaupun pada mulanya abah terkejut,
namun dia merestui keputusan abang ini kerana dia yakin abang mampu
berlaku adil dan menjaga sayang sebaik mungkin seperti biasa. Mak
juga menghormati hasrat abang. Cuma dia berpesan untuk sentiasa jaga
hati sayang seperti dulu. Tak berubah, tak kurang walau sedikit pun.

Abang tahu, sayang mungkin sedang mengalirkan air mata bila membaca
luahan hati abang ini tetapi percayalah cakap abang, abang tak
berniat nak melukakan hati sayang atau cuba menipu sayang. Abang
harap sayang dapat memahami dan menghormati keputusan abang ini. Demi
Allah, abang masih cintakan sayang sepenuh hati dan tindakan abang
ini, bukan bermakna abang tidak cintakan sayang lagi. Abang bernikah
bukan kerana kekurangan atau kelemahan diri sayang. Sayang begitu
sempurna pada diri abang.

Ini hanyalah fasa seterusnya dalam kehidupan abang di mana abang
memilih untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar, menjaga 2
isteri yang dicintai sepenuh hati. Abang percaya, tindakan abang ini
adalah suatu perkara yang betul, dengan menyempurnakan hubungan abang
dan Syamila dengan ikatan perkahwinan yang sah, dan bukan untuk
berpoya-poya.

Abang berjanji, abang akan menjaga dan mencintai sayang sebaik
mungkin seperti selama ini. Tak kurang walau secuit pun. Dan abang
berharap, sayang redha dengan keputusan abang ini. Abang berharap,
keizinan yang sayang lafazkan tahun lepas, masih lagi valid walaupun
abang tidak pernah mengungkit mengenainya.

Dan abang harap, sayang dapat menerima Syamila dalam kehidupan kita
sekeluarga. Janganlah anggap dia sebagai perampas suami, kerana
sebenarnya dia tak bersalah dalam hal ini. Kami saling mencintai dan
abang hanya ingin menyempurnakan perkara ini dengan cara yang abang
fikir betul.

Abang minta maaf sekiranya luahan hati abang ini melukakan hati
sayang. Janganlah sayang berfikir bukan-bukan terhadap diri abang,
kerana abang masih mencintai sayang selama-lamanya hingga akhir hayat
abang.

Sekian,

Your loving husband.







..........................................
berani kew??hurmmmmmmmmmmtepuk dada tanya hati...boleh kew terima qadak n qadar....

Thursday 6 October 2011

.: sayang u jangan jadi macam nie taw :.

cOretan gadis kepastian



Ayat Selepas Kahwin


Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:

6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp…!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…

Memaafkan:

6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer…


aq amik nie dari blog miraakim
.................................................................


u please i xmo jadi macam nie.........u jangan buat macam nie taw......!! hurmmmm.....

Wednesday 5 October 2011

.: khomis again :.

cOretan gadis kepastian


semua orang ada bat silap..jadi duduk sejenak memikirkan apa yang telah kita lalui n fikirkan apa yang kita akan lalui.....muhasabahkan diri sebelom menghadapi hari hari akan datang....


khamis again....assalamualaikum,...

.: ingat kepada pembaca yang suka blog sampah nie :.

cOretan gadis kepastian

Tanda-Tanda Isteri Derhaka (Nusyuz)

fajridil.blogspot.com - Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.

Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud:

"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."

(Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."

(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)


Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.

Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:


Tidak Mensyukuri Kebaikan Yang Dilakukan Suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."

(Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:

"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."

(Riwayat Muslim)

Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."


Menyakiti Hati Suami

Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami."

(Riwayat Ibnu Majah)


Puasa Sunat Tanpa Keizinan Suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Keluar Rumah Tanpa Izin Suami

"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."

(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)


Meminta Cerai Daripada Suami

Sabda Rasulallah sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud:

"Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ haram baginya bau syurga."

(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)


Isteri Yang Tidak Menunaikan Hajat Suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

"Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.

.: blog sampah eh..abis kenapa ko nak tatap juga sampah nie..agaknya sebab ko suka benda sampah2 nie kan sampah masyarak :.

cOretan gadis kepastian

assalamualaikum....awok yang gelar blog sampah 2 kan kan i nak cakap 1 benda nie yang i sayang awok sebab awok kutuk blog i pown blog nie juga yang awok dok baca...bukan 1 entry jew yang awok baca kan..rasanya setiap entry awok baca...nak bukti kew??

i siap besarkan lagi untuk awok yang i sedar awok memang suka blog sampah nie sebab 2 awok gigih buka entry entry lopas lopas sebab awok suka blog LUCAH aka blog SAMPAH nie kan awok...awok xpayah la guna nick cik anon..opsss opsss lupa la awok kan xda blog...awok taw baca blog jew kan...2 pown blog yang awok dok buka pown blog sampah nie juga kan awok....awok i bosan la ngan awok nie....so sebabkan i bosan i suka biar awok MELALAK sesuka hati awok dalam blog nie..sebabnya i BOSAN ngan perangai awok...

i taw blog i nie busuk sebab awok yang busuk hati selalu datang singgah blog i nie sebab nak cari salah i pas 2 awok sebarkan kat geng geng awok yang cakap kata i nie xbaik la kan awok...awok i xkisah sebab i sikit pown xpandang tinggi kat geng awok sebab i nampak dia PENDEK jew...i bukan nak istiharkan perang kew apa awok...tapi camonnnn la awok...g sek belajar tinggi2...bab agama awok ngaku macam kebal kalah kereta kebal..tapi yang tersedia halal awok nak haramkan awok belajar ilmu agama kat mana awok??lau duduk somalia pown kan kan i rasa still halal la awok eh...

esh esh terpanjang la plak awok i tulis..xpew awok entry nie memang khas untuk tatapan awok juga..alaaa mana la taw t awok kata i xbuat banyak sampah plak...jadi xboleh la nak dikatakan blog sampah ag an...ush ush awok i sayang awok sampaikan i meluat dengan perangai awok..boleh macam 2??xpercaya eh yang i sayang awok??


nie ha entry yang i buat nie dah tunjukkan yang i sayang awok...kalau boleh i nak tempek jew terus pic awok..sebab awok slalu cakap yang blog sampah i nie 1 dunia baca...jadi kiranya blog i nie femes la juga kan..hewhewhew...kantoi sudah yang awok dok follow up2 date blog i...

i slalu taw tulis pesanan kat awok dalam setiap entry i....i suka awok cemburukan i..suka awok benci i..sebab setiap kali awok buat macam 2 awok buat i sedar betapa bertuahnya diri i sebab awok amik tahu pasal diri i..sampaikan KELEBIHAN yang i xpenah perasan dalam diri i nie pown awok tolong sedarkan...tq la ye awok..xpew la awok..i taw mesti awok panas bontot n jari jemari sambil buat mulut geram macam nak makan anak kucing meow meow kan masa baca entry nie..xpown dalam hati awok kata 'aq xsero mano pown tino nie jaa yang over'tapi sebenarnya awok panas hati an an..i taw dah..sebab hari 2 i cakap kat awok lau awok baca m*g 2 mesti awok xlalu nak makan..haaaa memang betol la kan awok...sebab awok betol2 serabut hari 2 kan..sampaikan hari nie juga awok xsudah sudah dok pikir cara nak jatuhkan i kan kan....



justeru itu , i selaku manusia yang masih waras nak ucapkan TERIMA KASIH kepada awok sebab sudi datang memeriahkan blog sampah i nie....law bukan awok awok yang sukakan sampah maka xdanya awok nak datang blog sampah n lucah nie...jadi sila la berubah menjadi manusia PEMBERSIH n kurangkan KELUCAHAN awok.......hew hew hew i makan cabai u plak yang cibai..opssssss.......


Tuesday 4 October 2011

cOretan gadis kepastian



Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA”


...........................................................................



semua 2 kata2 amy liana ramlan yang aq amik dari blog dia...aq tersentuh terdetik untuk mengongsi...sharing is caring + sexy kan....

ye aq sebagai wanita juga mengakui apa yang terjadi 2 betoi...sumtimes kita terlalu lemah untuk menghadapi 1 situasi tapi bukan bermakna kita lemah....




p / s : aq rindukan keluarga aq.....

.: abang bukan la..silap 2 :.

cOretan gadis kepastian

assalamualaikum n salam sejahtera...dalam dok menunggu detik2 habis kerja sambil2 buat perangai gedik xmo mesej ngan sesapa padahal kerja belambak minta digerakkan..penyelia pown dah jeling2...member pown dah buat buat pusing 2 3 kali depan nie sambil buat buat tanya aq pasal kerja padahal nak mention kat aq yang aq banyak kerja sebab OSHA nak datang melawat OPIS dalam minggu nie juga....


tertiba....





aq teringat perbualan bodoh2 aq ngan pakwe aq



PAKWE : SYG dah bumbum kew?

AQ : belom ag..xase nak bumbum ag..banyak kerja..

PAKWE : abang ngah bumbum ngan **** buat alas perot..

AQ : hahahaha abang bukan la...silap 2...

PAKWE : kenapa suka?

AQ : haha mesti abang tertukar mamam ngan bumbum an...hehe mamam 2 makan bumbum 2 tidow....

PAKWE : laa yekew...he3 <--gelak termalu malu


...................................................


masa nie dok ajar dia guna perkataan cute cute..hehe cute la sangat an......


bum bum

mamam



jom kita bumbum pas kita mamam











lari...................................

.: acha septriasa vs scha al yahya :.

cOretan gadis kepastian


assalamualaikum n salam sejahtera


penah dengar x pesanan masyarakat yang acha septriasa bagi dalam radio era rentak muzik terkini 2???


aq nie tiap2 pagi dengar kot..lau bukan time pagi time aq otw nak g jumpa dia pown aq dengar juga..lau x time  dalam kereta dengan dia pown aq dengar juga..lain dari 2 aq xdengar sebabnya aq dengar radio time aq dalam kereta jew...

sweet an suara dia...comel2 gitu...


nie pown lagi sorang cute2 juga..suka body dia..cun...pakwe pown hot...sehot pakwe aq...sebab 2 semua orang dengki aq kapel ngan pakwe aq...sampai terkedek2 mangkin pepagi nak g sebar cerita pasal aq...

scha al yahya...aq minat tengok di berlakon ala ala tomboy sikit...sebab badan dia cantik.tegap jew..hew hew tapi lau dia pakai malaysian tradisional dressup ag cun melecun....




tapi yang aq nak cerita nie bukan pasal dorg yang comel or cute2 gitu...aq nak cerita pasal slang orang kelantan bila panggil nama aq....pelik pelik n skali lagi pelik.....



nama aq yang orang panggil kat cnie SYA <---ini dieja dengan betol la bagi aq......tapi dorang panggil aq ACHA xpown SCHA .....aq xtaw la macam mana ag nak ajr dorang panggil aq SYA..HAIPPP =_="


slang kelantan nie pelik sikit ah bagi aq..tapi aq layan jew..janji ada juga bunyi SYAAAA SYAAAA GITU.....teeheee dalam depa dok panggil 2 mana la taw kan aq dapat tempias iras2 macam rupa ACHA SEPTRIASA n SCHA AL YAHYA.....ye dopp kekawan....layannn jew....



berat aq dah maintain dalam 55kg....tapi yang best aq dah bleh tukar saiz seluar jeans dari 32 kepada 26...horay....=) tapi nak kena baiki tang perot.....KEYAKINAN ANDA BERMULA DARI DIRI ANDA.....

tapi dalam sedar xsedar rupanya ada juga orang yang jeles tengok aq...aq berkapel sebelom aq sebesar nie ag...time memula pakwe aq dok mengorat aq ada la dalam hujung bulan 2 macam 2..masa 2 berat aq dalam 60lebih lau xsilap....so xda istilah la AQ KECIKKAN BADAN SEBAB NAK GODA PAKWE AQ....sebabnya dia dah jatuh cinta kat aq masa aq dok gemok lagi.....

xpew orang JELES dengan diri kita sebab apa kekawan??????








SEBAB DIA XMILIKI APA YANG KITA MILIKI......JADI HINDARI LA SIFAT DENGKI MENGDENGKI NIE YE...

Saturday 1 October 2011

.: etok-etok punya pasal :.

cOretan gadis kepastian

assalamualaikum n salam sejahtera...dah siap nak g kerja kew...aigoooo aq terdampar kekeringan atas katil sambil duduk dengan bontot yang pedih akibat cirit birit....aigoooo!!!sengsara weh..pepagi lagi aq semangat nak g klinik sebab nak cari ubat untuk xnak kasi uh uh dah...tapiiiii


klinik lambat buka...sodeh.....g buh minyak kereta terus cau balik..pagi tadi bangun pukul 5 minum air teh KELAT  1 mug pown x lega ag...aigooooo =_="

nie la akibatnya bila xcited sangat dapat makan ETOK-ETOK.....sedap 2 memang la sedap...yummy terliur dah aq nie skunk tapi yang xsedapnya perot aq nie bangsa jenis nak makan tapi manja pown ada juga...dah terima 2 proses macam biasa dah la..tapi p bantai proses cara enjin turbo 2 buat apa....

tapi aq xserik!!nak juga makan ag etok-etok...terliur ag nie...eh2 korang penah kew makan etok-etok???

weii yang dok luar KELANTAN jew k aq tanya penah makan kew x..yang dok kelantan ampa dok p jawab kata xkenal memang nak kena dabussss sedas dua kot...apa daaa sebab aq kenal etok-etok pown sejak stay kat kelantan...lau x hareemmmm aq nak taw etok-etok 2 apa..otak-otak aq taw la...tapi 2 pown start tingkatan 3 baru aq taw rupanya otal-otak 2 isi ikan..sebelom 2 aq ingat otak-otak 2 betol2 otak...kaklong aq r nie propa kata 2 otak...aq pown time 2 otak bajet suci suci lagi...bulu kaki lelaki pown aq xpandang taw....

aikkk masok cerita otak-otak lak...aq nak cerita pasal etok-etok la wei...memang sedap..aq nak suh ampa makan nie..biar kita sama sama sakit perot kalau perot ampa spesen sama dengan aq..haha aq bukan apa..sebab sedap la aq dok promote sakan nie....

xcaya cuba layan pic aq nie time dapat etok-etok


layazzzzz.......


rupa etok-etok yang yummy tapi harus sediakan perot aq sekebal yang mungkin


muka budak yang baru pandai makan etok2


n nie wajah kenikmatan bila dapat sedut air etok-etok..sedap wei..sebab berempah...2 ha budak kat belakang aq 2 lagi la dok pulun makan sebab takot aq habiskan....gasakkk
memang xtipu an....sedap....kalau kat kedah aq xda la plak jumpa benda nie....sebab 2 jadi macam jakun....hari nie ada pasar tani kat kok lanas..nak gagah diri g kejap..adeeiihhh sakit perot..g toilet dulu ah....daaa......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pencarian kowg