Blogger Backgrounds

.:pengunjung GADIS:.

About Me

My photo
dunia q bicara q....andai ada yang tersinggung sila bawa diri sendiri...tiada paksaan yntuk membaca malah untuk membuka blog picisan ini...bagi yang memahami alhamdulillah kata2 nasihat dari kalian xpenah ditolak..apa yang buruk datang dari diri q sendiri,mana yang bagus itu datangnya dari nya...

Pages

.:TABUNG OPERATION GADIS:.

.:kawan2 GADIS:.

Monday 17 October 2011

.: semangat diri yang hilang membawa seribu makna :.

cOretan gadis kepastian

assalamualaikum n salam sejahtera...entry nie panjang...untuk mengongsi kepada insan yang dihadapi dugaan di dunia..aq terbaca kata kata seorang ustat yang telah memberikan q seribu makna...yang telah mengingatkan aq tentang nikmat di duga...aq mengongsi semua nie kerna aq tahu bukan aq seorang yang merasa perik diduga..aq mengongsi kerna aq masih menyayangi kalian yang turut diduga kerna ingat lah ALLAH swt masih disisi menanti kita sebagai hambanya untuk MEMOHON....

SELAMAT MEMBACA











allah berikan kesukaran untuk mengajar kita erti KEKUATAN


kekuatan untuk


menahan sakit
menahan hiba di hati
mengharungi halangan
teruskan berjuang
dan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
untuk terus memohon pada NYA

perkara nie dapat dilihat dari hadis Qudsi yang membawa maksud : “Allah berfirman kepada para Malaikat-Nya: “Pergilah kamu kepada hamba-Ku timpakanlah berbagai ujian kepadanya kerana Aku ingin mendengar suaranya”. 

Allah berikan ujian pada kita untuk kita harungi bukan untuk

menolak
menyesal
dan juga

untuk kita sangkalkan ketentuan NYA

Dalam menghadapi berbagai ujian dan dugaan selama hidup manusia di dunia ini, adalah sangat sedikit sekali bilangan manusia yang tahan diuji. Hal ini mungkin disebabkan kurangnya pengertian, atau terdorong oleh kehendak hawa nafsu yang tidak pernah mengenal puas, sehingga tidak redha menerima ketetapan ilahi dan menganggap sesuatu yang ia milikidi dunia ini adalah abadi.
Hidup di atas muka bumi ini tidak akan pernah sunyi dari susah dan senang, dan suka dan duka yang datang silih berganti. Sesiapa yang menyangka hidup ini hanya kesenangan , kegembiraan dan kemewahan sahaja atau sebaliknya sahaja iaitu kehidupan ini hanya kesusahan, kesedihan, kesempitan selama-lamanya, semua itu adalah salah. Kesenangan dan kesusahan adalah seni kehidupan dan ia juga merupakan sunatullah pada alam semesta ini.


Kesenangan atau kesusahan itu adalah merupakan ujian dan dugaan yang diturunkan oleh Allah SWT kepada hambanya. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa hidup ono penuh dengan ujian dan dugaan. Sesuatu benda kalau tidak diuji, tidak akan nampak kekuatannya. Begitu juga manusia khususnya orang yang mengaku dirinya beriman, sudah tentu harus melalui pelbagai ujian dan dugaan. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Ankabut, ayat 2 hingga 3, yang membawa maksud, “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan: “Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji terlebih dahulu? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang-orang yang benar dan dusta. ”



Tujuan datangnya musibah dan dugaan yang diturunkan Allah SWT kepada hambanya ialah untuk membezakan yang mana orang mukmin sejati dan yang mana orang munafik. Ini adalah kerana terdapat ujian yang menyebabkan manusia mudah tergelincir dan salah satumya ialah ujian aqidah dan agama. Ramai yang mengaku Islam, beriman, termasuk alim ulamak, namun setelah diuji iman dan agamanya oleh Allah SWT dengan pelbagai ujian, ternyata lemah dan terjerumus sehingga menjadi sesat.

Selain itu, musibah dan dugaan ini diturunkan adalah untuk menghapuskan dosa sebagaimana yang terdapat di dalam hadis HR. Muslim di mana Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud, “Tiada musibah apa pu yang menimpa diri seorang muslim melainkan Allah menghapuskan keburukannya (dosanya) walaupun duri yang mengenai dirinya. 


Dalam mengahadapi ujian-ujian tersebut, manusia perlu redha menerima apa yang telah ditentukan oleh Allah kepada mereka. Maka dalam hal ini, mereka perlu mengetahui hakikat daripada takdir yang telah ditentukan oleh Allah untuk mereka. Mereka harus mengetahui mana satu ketentuan yang harus diterima seadanya dan ketentuan yang perlu usaha untuk merubahnya. Takdir ini ter bahagi kepada dua iaitu takdir mubram dan takdir mu’allaq.

Takdir adalah ketentuan Allah atas segala sesuatu yang diciptakan. Allah menciptakan segala sesuatu dan setiap sesuatu itu telah ditetapkan takdirnya oleh Allah. Takdir merupakan kemungkinan yang dapat terjadi atas sesuatu. Tidak seorang pun manusia yang dapat menghindari diri dari takdir baik mahupun buruk jika Allah mengkehendakinya. Akan tetapi tidak seorang pun manusia yang mengetahui atau diberitahu tentang takdirnya esok atau di kemudian hari. Justeru, Allah memberi kebebasan kepada manusia untuk berusaha agar memperoleh takdir yang diharapkan atau diinginkan. 

Setelah manusia berusah mengikut kemampuannya, dan dia merasakan sudah sedaya yang mungkin ia tempuhinya, yang demikian itu, akhirnya dia harus menerimanya sebagai takdir. Berusaha itu wajib bagi manusia. Terdapat ungkapan yang berbunyi : jangan menyerah pada nasib. Ia tidaklah bererti manusia boleh menolak nasib atau takdir tetapi manusia harusberusaha merubah nasibnya jikalau masih belum mencapai apa yang diharapkan. Takdir pula terbahagi kepada dua iaitu takdir mubram dan takdir mu’allaq.


Takdir mubram ialah qada’ dan qadar yang tidak dapat dielakkan oleh manusia. Dalam erti kata lain, ia pasti terjadi pada diri manusia. Dengan itu, manusia tidak mempunyai kesempatan memilih atau tidak mempunyai pilihan pun. Sebagai contoh, jantina, hari kiamat dan hari kematian. Sebagaimana firman Allah SWT, di dalam surah, Al-Araf, ayat 34, yang bermaksud, “Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mngundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula memajukannya”.
Takdir mu’allaq ialah qada’ dan qadar yang bergantung kepada ikhtiar seseorang itu mengikut kemampuan yang ada pada manusia. Untuk menghadapi takdir ini, manusia wajib berusaha mengikut kemampuan yang ada untuk mungubah keadaan supaya menjadi lebih baik ke arah mencapai tujuannya. Soal berhasil atau tidak usaha tersebut, adalah bergantung kepada pertolongan Allah. Tetapi ini tidak menjadi alasan untuk berputus asa. Sebab berusaha memang telah menjadi kewajipan manusia. Ia dapat dilihat dari firman Allah SWT dalam surah Ar-Ra’d, ayat 11, yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan (nasib) sesuatu bangsa sehingga bangsa itu mahu merubah keadaan (nasib) mereka sendiri”.


Islam telah menyeru umatnya supaya sentiasa bersabar terutamanya semasa menghadapi musibah. Sebagaimana yang dapat dilihat dari firman Allah SWT, dari surah Al-Baqarah, ayat 153, yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar”.


Sabar ialah satu kekuatan yang mendorong jiwa untuk menunaikan kewajipan, juga satu kekuatan yang menghalang seseorang dari melakukan kejahatan. Sabar juga merupakan sifat yang membezakan antara manusia dan haiwandalam perkara menundukkan hawa nafsu. Dorongan hawa nafsu pula ialah tuntutan syahwat dan keinginan yang minta dilaksanakan. Oleh itu, sesiapa yang dapat menahan diri sehingga ia dapat menundukkan dorongan hawa nafsu secara berterusan, maka orang tersebut termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar.

Bila seseorang itu menghadapi dugaan dan penderitaan dengan redha, ikhlas serta mencari jalan keluar dengan cara yang baik, tidak mengeluh, mengaduh dan sebagainya, maka Allah pasti akan memudahkan baginya hisabnya pada hari kiamat. Allah akan menyegerakan balasan pahalanya memberkati kehidupannya sehingga timbangan amalnya tidak berat kepada kejahatan yang disudahi dengan masuk ke dalam syurga yang penuh dengan seribu satu kenikmatan.

Kebanyakan orang menyangka bahawa sabar bererti merendahkan diri dan menyerah kepada keadaan, membiarkan diri hanyut dalam keadaan tersebut, atau menghentikan usaha tanpa berikhtiar untuk mencari jalan keluar. Tetapi pengertian ini tidaklah tepat, sebab yang dikatakan sabar ialah menghadapi dugaan dan ujian dengan cara yang baik, berikhtiar untuk mencari jalan keluar dan membiasakan diri melakukan amal perbuatan yang soleh dan teruskan berusaha sambil menjadikan pengalaman itu sebagai dorongan untuk mempunyai kemahuan yang kuat disertai dengan keimanan dan keyakinan yang penuh istiqamah.


Selain itu, kadangkala, semasa menghadapi sesuatu musibah itu, seseorang itu akan berasa sedih sehingga boleh menitiskan air mata. Sesungguhnya perasaan sedih yang tidak keterlaluan tidak akan menyebabkan dosa pada diri seseorang. Sebagai contoh, menangis kerana rasa sedih atas meninggalnya seseorang sebagai ungkapan dari belas kasihan adalah baik dengan syarat harus menerima semuanya dengan penuh kerelaan dan sabar. Begitu juga bagi orang yang bersedih kerana musibah yang menimpa diri kaum muslimin, maka perasaan sedih yang demikian itu juga akan mendapat pahala kerana orang yang demikian adalah termasuk dalam orng yang mencintai kebaikan dan membenci keburukan.

Petua untuk menghadapi rintangan yang lain ialah dengan menghadap dan bersyukur kepada Allah SWT. Allah mahu supaya hamba-Nya supaya selalu mengingati dan kembali pada-Nya, walaupun kembalinya itu dengan cara paksa. Sebagai contoh, orang yang sakit, pada waktu sihatnya dia lupa kepada Allah SWT, akan tetapi kerana sifat kasih sayang-Nya, maka dia diingatkan dengan datangnya cubaan sakit. Akhirnya, dengan sakitnya itu ia terpaksa kembali mengingati Allah SWT. Oleh itu, sudah sepatutnya manusia selalu bersyukur kepada Allah SWT.

Selain itu, janganlah berpaling kepada selain Allah SWT dalam memohon semua keinginan. Hanya kepada-Nya sahaja semua hajat kita hadapkan. Sebab Dia adalah zat Yang Maha Pemurah, yang selalu menjadi harapan dari semua hajat yang kita perlukan. Justeru itu, jangan sekali-kali memohon sesuatu kepada selain-Nya.

Sebagai tambahan, jadikanlah al-Quran sebagai sahabat dalam kegelisahan. Bagi orang yang beriman, ia akan mengetahui bahawa Al-Quran mempunyai tugas kemanusiaan, baik untuk diri manusia secara peribadi mahupun untuk masyarakat umum, iaitu mengarahkan manusia dengan cara yang sempurna. Di samping itu juga, Al-Quran adalah ubat yang hakiki bagi penyakit kegelisahan manusia. Al-Quran adalah jawapan yang benar bagi tuntutan manusia yang hakiki. Manusia tidak akan mengetahui hakikat kemanusiaannya dan tidak akan mengetahui jalan hidup yang lurus, kecuali dengan petunjuk Al-Quran

kata nie aq amik dari Ustaz Abd Aziz bin Harjin http://551dialog.blogspot.com/2010/09/rahmat-disebalik-dugaan.html

1 celoteh anda:

A. said...

insya'Allah, ada hikmah atas setiap apa yg berlaku. tq atas perkongsian ini :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pencarian kowg