Blogger Backgrounds

.:pengunjung GADIS:.

About Me

My photo
dunia q bicara q....andai ada yang tersinggung sila bawa diri sendiri...tiada paksaan yntuk membaca malah untuk membuka blog picisan ini...bagi yang memahami alhamdulillah kata2 nasihat dari kalian xpenah ditolak..apa yang buruk datang dari diri q sendiri,mana yang bagus itu datangnya dari nya...

Pages

.:TABUNG OPERATION GADIS:.

.:kawan2 GADIS:.

Saturday 8 October 2011

.: surat untuk kahwin lagi :.

cOretan gadis kepastian

SELEPAS 1 TAHUN BERLALU ....

Kepada isteriku yang dicintai,

Sayang,

Terima kasih kerana menyiapkan beg pakaian dan sarapan abang pagi
tadi. Seperti biasa, keprihatinan dan keikhlasan sayang terhadap diri
abang, amat abang kagumi. Memang abang berasa sangat beruntung
memiliki isteri yang penyayang seperti sayang ni.

By the time sayang baca surat abang ini, abang tentunya dalam
perjalanan out-station ke JB. Mungkin sayang tertanya-tanya kenapa
pulak abang tinggalkan surat ni pada sayang sedangkan sebelum ni
abang tak pernah berbuat seperti ni.

Sebenarnya, abang menulis surat ini kerana abang tak sanggup
meluahkan isi hati abang di depan sayang, yang sudah banyak berjasa,
menjaga abang dan mencurahkan segala kasih sayang. Abang yakin apa
yang abang luahkan ini, pasti akan menitiskan air mata sayang dan
abang tak sanggup melihat itu semua di depan mata abang.

Abang out-station ke JB sebenarnya bukanlah untuk hal kerja,
sebaliknya atas urusan peribadi. Abang akan bernikah lagi dengan
seorang gadis yang abang kenali sejak 6 bulan lalu. Abang minta maaf
kerana terpaksa merahsiakan perkara ini dari sayang kerana abang
sangat menghormati sayang dan tak sanggup melihat sayang menitis air
mata, di depan abang.

Namanya Syamila, dia sebenarnya rakan sepejabat abang. Sayang mungkin
pernah berbual dengannya semasa annual dinner company abang dulu.
Walaupun umurnya muda, tetapi dia bukanlah seperti gadis yang abang
sangkakan selama ini. Betul-betul meleset sangkaan abang kerana
berfikir bukan-bukan tentang gadis muda sekarang.

Kami sebenarnya mula berkenalan sejak dia join company abang 6 bulan
lalu. Sebagai senior officer di company, abang diarahkan melatih dia
tentang selok belok company abang. Dari situlah abang mula tertarik
dengan budi pekertinya dan kesederhanaan yang dia miliki.

Kami selalu keluar makan tengahari bersama selepas sesi latihan
company dan dia faham selera abang yang gemarkan makanan tradisional
ala kampung. Kekadang, dia suruh abang cuba masakan western juga dan
abang tak sangka, sesekali makan western, sedap jugak. Kerana dia
pandai mengambil hati abanglah, abang jatuh hati padanya.

Tambahan pula dia berasal dari keluarga yang ramai dan sukakan budak-
budak. Abang pernah melihat dia membawa adik-adiknya pejabat pada
hari Sabtu, dan abang kagum melihat dia, begitu sabar melayan kerenah
adik-adiknya yang berlari ke sana sini di office abang.

Yang buat abang hormat padanya, dia sudi menerima diri abang se-
adanya. Dia tahu abang sudah beristeri dan mempunyai anak-anak.
Malahan dia kenal sayang kerana abang selalu menceritakan kebaikan
sayang terhadap diri abang. Sebab itulah, dia selalu berpesan dengan
abang agar selalu membantu sayang di rumah, selalu berikan perhatian
dan kasih sayang kepada keluarga, luangkan masa dengan mereka dan
yang paling penting, dia sering berpesan abang jangan lewat-lewatkan
solat macam sayang selalu buat kat abang.

Kerana hubungan kami sudah rapat dan abang menaruh perasaan terhadap
dirinya, abang buat keputusan untuk mengahwini dia agar hubungan kami
tidak dipandang serong hingga membawa kepada maksiat. Walaupun
usianya muda, sikapnya begitu matang sekali bila abang beritahu
hasrat abang terhadap dirinya. Dan dia sanggup menjadi isteri kedua
dan berkongsi kasih, walaupun usia kami yang jauh berbeza. Malahan
dia kata, dia akan memahami kalau abang meluangkan masa lebih bersama
sayang dan anak-anak, kerana sayang lebih dahulu mencintai abang. Dia
tidak mahu abang abaikan perasaan sayang yang inginkan perhatian
abang.

Sebelum abang buat keputusan ini, abang sebenarnya sudah berbincang
dengan abah sayang di kampung. Walaupun pada mulanya abah terkejut,
namun dia merestui keputusan abang ini kerana dia yakin abang mampu
berlaku adil dan menjaga sayang sebaik mungkin seperti biasa. Mak
juga menghormati hasrat abang. Cuma dia berpesan untuk sentiasa jaga
hati sayang seperti dulu. Tak berubah, tak kurang walau sedikit pun.

Abang tahu, sayang mungkin sedang mengalirkan air mata bila membaca
luahan hati abang ini tetapi percayalah cakap abang, abang tak
berniat nak melukakan hati sayang atau cuba menipu sayang. Abang
harap sayang dapat memahami dan menghormati keputusan abang ini. Demi
Allah, abang masih cintakan sayang sepenuh hati dan tindakan abang
ini, bukan bermakna abang tidak cintakan sayang lagi. Abang bernikah
bukan kerana kekurangan atau kelemahan diri sayang. Sayang begitu
sempurna pada diri abang.

Ini hanyalah fasa seterusnya dalam kehidupan abang di mana abang
memilih untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar, menjaga 2
isteri yang dicintai sepenuh hati. Abang percaya, tindakan abang ini
adalah suatu perkara yang betul, dengan menyempurnakan hubungan abang
dan Syamila dengan ikatan perkahwinan yang sah, dan bukan untuk
berpoya-poya.

Abang berjanji, abang akan menjaga dan mencintai sayang sebaik
mungkin seperti selama ini. Tak kurang walau secuit pun. Dan abang
berharap, sayang redha dengan keputusan abang ini. Abang berharap,
keizinan yang sayang lafazkan tahun lepas, masih lagi valid walaupun
abang tidak pernah mengungkit mengenainya.

Dan abang harap, sayang dapat menerima Syamila dalam kehidupan kita
sekeluarga. Janganlah anggap dia sebagai perampas suami, kerana
sebenarnya dia tak bersalah dalam hal ini. Kami saling mencintai dan
abang hanya ingin menyempurnakan perkara ini dengan cara yang abang
fikir betul.

Abang minta maaf sekiranya luahan hati abang ini melukakan hati
sayang. Janganlah sayang berfikir bukan-bukan terhadap diri abang,
kerana abang masih mencintai sayang selama-lamanya hingga akhir hayat
abang.

Sekian,

Your loving husband.







..........................................
berani kew??hurmmmmmmmmmmtepuk dada tanya hati...boleh kew terima qadak n qadar....

1 celoteh anda:

kakyongnida said...

pengsan aku kalo dapat surat mcm ni. kekeke

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pencarian kowg