cOretan gadis kepastian

cOretan gadis kepastian
assalamualaikum n salam sejahtera...entry nie panjang...untuk mengongsi kepada insan yang dihadapi dugaan di dunia..aq terbaca kata kata seorang ustat yang telah memberikan q seribu makna...yang telah mengingatkan aq tentang nikmat di duga...aq mengongsi semua nie kerna aq tahu bukan aq seorang yang merasa perik diduga..aq mengongsi kerna aq masih menyayangi kalian yang turut diduga kerna ingat lah ALLAH swt masih disisi menanti kita sebagai hambanya untuk MEMOHON....
SELAMAT MEMBACA
c0retan gadis kepastian at Monday, October 17, 2011 1 celoteh anda
Labels: aq dia dan engkau, bobel, hidup beb, my day
cOretan gadis kepastian
assalamualaikum n salam sejahtera....dok menunggu orang yang x tepati janji nie baik aq update enrtry dari dok menjampi serapah ye dopp kekawan....sebabnya sabar separuh dari IMAN......insyaallah aq nak simpan sabar 2 untuk keimanan aq.....
psssstttt sapa yang dok kat sekolah dulu xmakan nasi lemak??mesti penah kan..but aq xtaw la laaa nie boleh beli nasi lemak kat sekolah lagi kew x..sebabnya ari 2 ada cerita pasal diharamkan nasi lemak kat sekolah sebab budak budak jadi gemok makan nasi lemak...
meh cek nak tanya nie..dolu dolu nasi lemak korang ranking harga berapa??aq penah lagi la merasa nasi lemak harga 3kupang a.k.a RM0.30...2 pown sepingggan nasi lemak lemgkap dengan ikan bilis sambal kacang n telor...sedap wow....
sampai la nie bleh dok feeling sedap makcik kantin 2 punya nasi lemak..power x power la kan..aq dah umo 20tahun pown bleh ag dok ingat feeling makan nasi lemak dolu dolu....padahal masa 2 aq baru umor 8 tahun macam 2 ah...ntah ntah makcik 2 letak ubat pew kasi aq angau ngan nasi lemak dia..
tapiii skunk nie nak jumpa nasi lemak harga 3kupang nie memnag dah susah sangat n memang aq dah Xjumpa dah pown..paling paling cikai pown dalam seringgit asenya..hat harga 5kupang pown bleh bilang dengan jari ah lau nak pusing 1 kelantan nie nak cari ye dopp....
k ah nak g tenang kan diri sambil duduk baca blog korang n skodeng apa yang boleh aq skodeng...kot kot la bleh jumpa nasi lemak 3kupang kew...untung2 bleh jamu mata tengok hat 3ringgit punya..hehehe walassss.....
c0retan gadis kepastian at Sunday, October 16, 2011 3 celoteh anda
Labels: bobel
cOretan gadis kepastian
assalamualaikum n salam sejahtera...bangun pepagi buka mata then terus capai nset..hewhew skali tengok ezany antar mesej...terus tegak duduk saambil kecikkan mata nak baca mesej orang ter"sayang" ....
c0retan gadis kepastian at Thursday, October 13, 2011 1 celoteh anda
Labels: aq dia dan engkau
cOretan gadis kepastian
assalamualaikum......n salam sejahtera..ngah dok layan cerita terowong ngan keluarga terchenta tertiba aq perasan yang opsss "my love" belakon ah...tapi nie bukan entry perasan sendiri eh...dia pown sayang aq...sebab aq pown sayang dia..tehee
nak taw x sapew??
c0retan gadis kepastian at Thursday, October 13, 2011 2 celoteh anda
Labels: aq dia dan engkau, cinta
cOretan gadis kepastian
assalamualaikum..n salam sejahtera...dok pusing pusing memikirkan perkara yang xsepatutnya mata aq sempat ag terbaca tentang pertemuan...jom kongsi kongsi...sharing is caring + sexy dorh....
♥ Kenape ALLAH temukan kita dengan orang yang salah ♥:
Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
p/s : jangan salahkan 1 pertemuan itu punca kesakitan yang dialami..tapi renungkan setiap
hikmah yang terjadi n jadikan ia sebagai benteng untuk menghadapi hari esok...ingat la setiap
kejadian ada hikmahnya...
c0retan gadis kepastian at Wednesday, October 12, 2011 2 celoteh anda
Labels: aq dia dan engkau, cinta
cOretan gadis kepastian
c0retan gadis kepastian at Monday, October 10, 2011 1 celoteh anda
Labels: aq dia dan engkau
cOretan gadis kepastian
assalamualaikum..horayy blog aq dah dapat baju baru....kali nie simple sikit...kew korang rasa serabut juga???lau ada sapa nak sponser baju untuk blog aq bleh jew..hehehe aq on jew....
c0retan gadis kepastian at Sunday, October 09, 2011 2 celoteh anda
Labels: my blog
cOretan gadis kepastian
assalamualaikum n salam sejahtera...xrasa macam nak taip banyak sebab tadi aq dah menaip tapi aq delete balik..hurmm sapa blogger kelantan??cer munculkan diri korang...meh tolong bagi aq tarbiah sepam dua...aq perlukan korang nie..banyak benda aq nak tanya nie...boleh boleh??
c0retan gadis kepastian at Sunday, October 09, 2011 4 celoteh anda
Labels: my day
cOretan gadis kepastian
assalamualaikum n salam sejahtera....tadi an aq ada janji yang nak tunjuk pic adinda aq yang terkini....
c0retan gadis kepastian at Sunday, October 09, 2011 0 celoteh anda
Labels: adik2 q, aq dia dan engkau
cOretan gadis kepastian
assalamualaikum n salam sejahtera.......2 3 ari nie aq kerja dok copy paste jew masok dalam blog....sebabnya aq xda masa nak menaip...baru jew balik kampung..tapi elok elok aq dah naik bus dapat plak berita xberapa nak sedap halwa telinga aq nie..adik aq NUR SITI AMINAH BT AZMI..masok wad...
tertiba plak 2 mama aq antar mesej....."dik nah masok wad" aq dah macam nak pitam...sebak jew sebab aq xsempat nak jumpa dia sebelom naik bus..semua sibuk..dia lak ngah tidow dalam bilik..xsampai ati lak nak kacau dia..kang dah dia jaga dia nak ikot aq skali naik bus..alih alih lak jadi macam nie...
c0retan gadis kepastian at Saturday, October 08, 2011 1 celoteh anda
Labels: adik2 q
cOretan gadis kepastian
c0retan gadis kepastian at Saturday, October 08, 2011 0 celoteh anda
Labels: cinta
cOretan gadis kepastian
SELEPAS 1 TAHUN BERLALU ....
Kepada isteriku yang dicintai,
Sayang,
Terima kasih kerana menyiapkan beg pakaian dan sarapan abang pagi
tadi. Seperti biasa, keprihatinan dan keikhlasan sayang terhadap diri
abang, amat abang kagumi. Memang abang berasa sangat beruntung
memiliki isteri yang penyayang seperti sayang ni.
By the time sayang baca surat abang ini, abang tentunya dalam
perjalanan out-station ke JB. Mungkin sayang tertanya-tanya kenapa
pulak abang tinggalkan surat ni pada sayang sedangkan sebelum ni
abang tak pernah berbuat seperti ni.
Sebenarnya, abang menulis surat ini kerana abang tak sanggup
meluahkan isi hati abang di depan sayang, yang sudah banyak berjasa,
menjaga abang dan mencurahkan segala kasih sayang. Abang yakin apa
yang abang luahkan ini, pasti akan menitiskan air mata sayang dan
abang tak sanggup melihat itu semua di depan mata abang.
Abang out-station ke JB sebenarnya bukanlah untuk hal kerja,
sebaliknya atas urusan peribadi. Abang akan bernikah lagi dengan
seorang gadis yang abang kenali sejak 6 bulan lalu. Abang minta maaf
kerana terpaksa merahsiakan perkara ini dari sayang kerana abang
sangat menghormati sayang dan tak sanggup melihat sayang menitis air
mata, di depan abang.
Namanya Syamila, dia sebenarnya rakan sepejabat abang. Sayang mungkin
pernah berbual dengannya semasa annual dinner company abang dulu.
Walaupun umurnya muda, tetapi dia bukanlah seperti gadis yang abang
sangkakan selama ini. Betul-betul meleset sangkaan abang kerana
berfikir bukan-bukan tentang gadis muda sekarang.
Kami sebenarnya mula berkenalan sejak dia join company abang 6 bulan
lalu. Sebagai senior officer di company, abang diarahkan melatih dia
tentang selok belok company abang. Dari situlah abang mula tertarik
dengan budi pekertinya dan kesederhanaan yang dia miliki.
Kami selalu keluar makan tengahari bersama selepas sesi latihan
company dan dia faham selera abang yang gemarkan makanan tradisional
ala kampung. Kekadang, dia suruh abang cuba masakan western juga dan
abang tak sangka, sesekali makan western, sedap jugak. Kerana dia
pandai mengambil hati abanglah, abang jatuh hati padanya.
Tambahan pula dia berasal dari keluarga yang ramai dan sukakan budak-
budak. Abang pernah melihat dia membawa adik-adiknya pejabat pada
hari Sabtu, dan abang kagum melihat dia, begitu sabar melayan kerenah
adik-adiknya yang berlari ke sana sini di office abang.
Yang buat abang hormat padanya, dia sudi menerima diri abang se-
adanya. Dia tahu abang sudah beristeri dan mempunyai anak-anak.
Malahan dia kenal sayang kerana abang selalu menceritakan kebaikan
sayang terhadap diri abang. Sebab itulah, dia selalu berpesan dengan
abang agar selalu membantu sayang di rumah, selalu berikan perhatian
dan kasih sayang kepada keluarga, luangkan masa dengan mereka dan
yang paling penting, dia sering berpesan abang jangan lewat-lewatkan
solat macam sayang selalu buat kat abang.
Kerana hubungan kami sudah rapat dan abang menaruh perasaan terhadap
dirinya, abang buat keputusan untuk mengahwini dia agar hubungan kami
tidak dipandang serong hingga membawa kepada maksiat. Walaupun
usianya muda, sikapnya begitu matang sekali bila abang beritahu
hasrat abang terhadap dirinya. Dan dia sanggup menjadi isteri kedua
dan berkongsi kasih, walaupun usia kami yang jauh berbeza. Malahan
dia kata, dia akan memahami kalau abang meluangkan masa lebih bersama
sayang dan anak-anak, kerana sayang lebih dahulu mencintai abang. Dia
tidak mahu abang abaikan perasaan sayang yang inginkan perhatian
abang.
Sebelum abang buat keputusan ini, abang sebenarnya sudah berbincang
dengan abah sayang di kampung. Walaupun pada mulanya abah terkejut,
namun dia merestui keputusan abang ini kerana dia yakin abang mampu
berlaku adil dan menjaga sayang sebaik mungkin seperti biasa. Mak
juga menghormati hasrat abang. Cuma dia berpesan untuk sentiasa jaga
hati sayang seperti dulu. Tak berubah, tak kurang walau sedikit pun.
Abang tahu, sayang mungkin sedang mengalirkan air mata bila membaca
luahan hati abang ini tetapi percayalah cakap abang, abang tak
berniat nak melukakan hati sayang atau cuba menipu sayang. Abang
harap sayang dapat memahami dan menghormati keputusan abang ini. Demi
Allah, abang masih cintakan sayang sepenuh hati dan tindakan abang
ini, bukan bermakna abang tidak cintakan sayang lagi. Abang bernikah
bukan kerana kekurangan atau kelemahan diri sayang. Sayang begitu
sempurna pada diri abang.
Ini hanyalah fasa seterusnya dalam kehidupan abang di mana abang
memilih untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar, menjaga 2
isteri yang dicintai sepenuh hati. Abang percaya, tindakan abang ini
adalah suatu perkara yang betul, dengan menyempurnakan hubungan abang
dan Syamila dengan ikatan perkahwinan yang sah, dan bukan untuk
berpoya-poya.
Abang berjanji, abang akan menjaga dan mencintai sayang sebaik
mungkin seperti selama ini. Tak kurang walau secuit pun. Dan abang
berharap, sayang redha dengan keputusan abang ini. Abang berharap,
keizinan yang sayang lafazkan tahun lepas, masih lagi valid walaupun
abang tidak pernah mengungkit mengenainya.
Dan abang harap, sayang dapat menerima Syamila dalam kehidupan kita
sekeluarga. Janganlah anggap dia sebagai perampas suami, kerana
sebenarnya dia tak bersalah dalam hal ini. Kami saling mencintai dan
abang hanya ingin menyempurnakan perkara ini dengan cara yang abang
fikir betul.
Abang minta maaf sekiranya luahan hati abang ini melukakan hati
sayang. Janganlah sayang berfikir bukan-bukan terhadap diri abang,
kerana abang masih mencintai sayang selama-lamanya hingga akhir hayat
abang.
Sekian,
Your loving husband.
c0retan gadis kepastian at Saturday, October 08, 2011 1 celoteh anda
Labels: cinta
cOretan gadis kepastian
c0retan gadis kepastian at Thursday, October 06, 2011 1 celoteh anda
Labels: aq dia dan engkau, cinta
cOretan gadis kepastian
c0retan gadis kepastian at Wednesday, October 05, 2011 1 celoteh anda
Labels: khomis
cOretan gadis kepastian
Tanda-Tanda Isteri Derhaka (Nusyuz)
fajridil.blogspot.com - Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.
Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud:
"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."
(Riwayat Bazar dan al-Hakim)
Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)
Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.
Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:
Tidak Mensyukuri Kebaikan Yang Dilakukan Suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:
"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Riwayat Muslim)
Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."
Menyakiti Hati Suami
Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami."
(Riwayat Ibnu Majah)
Puasa Sunat Tanpa Keizinan Suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keluar Rumah Tanpa Izin Suami
"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."
(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)
Meminta Cerai Daripada Suami
Sabda Rasulallah sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud:
"Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ haram baginya bau syurga."
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Isteri Yang Tidak Menunaikan Hajat Suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
"Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.
c0retan gadis kepastian at Wednesday, October 05, 2011 0 celoteh anda
Labels: aq dia dan engkau, ggggggrrrrrrr, haters, hidup beb
cOretan gadis kepastian
assalamualaikum....awok yang gelar blog sampah 2 kan kan i nak cakap 1 benda nie yang i sayang awok sebab awok kutuk blog i pown blog nie juga yang awok dok baca...bukan 1 entry jew yang awok baca kan..rasanya setiap entry awok baca...nak bukti kew??
c0retan gadis kepastian at Wednesday, October 05, 2011 3 celoteh anda
Labels: haters
cOretan gadis kepastian
c0retan gadis kepastian at Tuesday, October 04, 2011 1 celoteh anda
Labels: aq dia dan engkau, my hope
cOretan gadis kepastian
assalamualaikum n salam sejahtera...dalam dok menunggu detik2 habis kerja sambil2 buat perangai gedik xmo mesej ngan sesapa padahal kerja belambak minta digerakkan..penyelia pown dah jeling2...member pown dah buat buat pusing 2 3 kali depan nie sambil buat buat tanya aq pasal kerja padahal nak mention kat aq yang aq banyak kerja sebab OSHA nak datang melawat OPIS dalam minggu nie juga....
tertiba....
aq teringat perbualan bodoh2 aq ngan pakwe aq
PAKWE : SYG dah bumbum kew?
AQ : belom ag..xase nak bumbum ag..banyak kerja..
PAKWE : abang ngah bumbum ngan **** buat alas perot..
AQ : hahahaha abang bukan la...silap 2...
PAKWE : kenapa suka?
AQ : haha mesti abang tertukar mamam ngan bumbum an...hehe mamam 2 makan bumbum 2 tidow....
PAKWE : laa yekew...he3 <--gelak termalu malu
c0retan gadis kepastian at Tuesday, October 04, 2011 2 celoteh anda
Labels: aq dia dan engkau
cOretan gadis kepastian
assalamualaikum n salam sejahtera
penah dengar x pesanan masyarakat yang acha septriasa bagi dalam radio era rentak muzik terkini 2???
aq nie tiap2 pagi dengar kot..lau bukan time pagi time aq otw nak g jumpa dia pown aq dengar juga..lau x time dalam kereta dengan dia pown aq dengar juga..lain dari 2 aq xdengar sebabnya aq dengar radio time aq dalam kereta jew...
c0retan gadis kepastian at Tuesday, October 04, 2011 1 celoteh anda
Labels: aq dia dan engkau, dan engkau, ggggggrrrrrrr, haters, hidup beb, tips2 kesihatan
cOretan gadis kepastian
assalamualaikum n salam sejahtera...dah siap nak g kerja kew...aigoooo aq terdampar kekeringan atas katil sambil duduk dengan bontot yang pedih akibat cirit birit....aigoooo!!!sengsara weh..pepagi lagi aq semangat nak g klinik sebab nak cari ubat untuk xnak kasi uh uh dah...tapiiiii
klinik lambat buka...sodeh.....g buh minyak kereta terus cau balik..pagi tadi bangun pukul 5 minum air teh KELAT 1 mug pown x lega ag...aigooooo =_="
nie la akibatnya bila xcited sangat dapat makan ETOK-ETOK.....sedap 2 memang la sedap...yummy terliur dah aq nie skunk tapi yang xsedapnya perot aq nie bangsa jenis nak makan tapi manja pown ada juga...dah terima 2 proses macam biasa dah la..tapi p bantai proses cara enjin turbo 2 buat apa....
tapi aq xserik!!nak juga makan ag etok-etok...terliur ag nie...eh2 korang penah kew makan etok-etok???
weii yang dok luar KELANTAN jew k aq tanya penah makan kew x..yang dok kelantan ampa dok p jawab kata xkenal memang nak kena dabussss sedas dua kot...apa daaa sebab aq kenal etok-etok pown sejak stay kat kelantan...lau x hareemmmm aq nak taw etok-etok 2 apa..otak-otak aq taw la...tapi 2 pown start tingkatan 3 baru aq taw rupanya otal-otak 2 isi ikan..sebelom 2 aq ingat otak-otak 2 betol2 otak...kaklong aq r nie propa kata 2 otak...aq pown time 2 otak bajet suci suci lagi...bulu kaki lelaki pown aq xpandang taw....
aikkk masok cerita otak-otak lak...aq nak cerita pasal etok-etok la wei...memang sedap..aq nak suh ampa makan nie..biar kita sama sama sakit perot kalau perot ampa spesen sama dengan aq..haha aq bukan apa..sebab sedap la aq dok promote sakan nie....
xcaya cuba layan pic aq nie time dapat etok-etok
layazzzzz.......
c0retan gadis kepastian at Saturday, October 01, 2011 3 celoteh anda
Labels: my day